Rabu, Jun 30, 2010

Kunjungan Hormat ALK Kepada Tun YDP USIA





Tun Yang Dipertua USIA, Tun Datuk Seri Panglima Dr Hj. Sakaran Dandai telah berkenan dan menerima kunjungan hormat oleh ahli-ahli Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi USIA Berhad di Bangunan Ibu Pejabat USIA, pada 30hb Jun 2010, pada pukul 10 pagi. Delegasi Koperasi kita telah diketuai oleh Tuan Pengerusi Koperasi, Yang Mulia Tuan Haji Arifin Haji Sani dan diikuti dengan 11 orang ALK yang lain beserta dua orang kakitangan Koperasi.



Majlis Kunjungan hormat tersebut diadakan adalah bertujuan untuk memberi maklumat dan taklimat khusus kepada Tun YDP USIA berkenaan halatuju, prospek, masalah yang dihadapi dan perkembangan semasa Koperasi USIA ini. Dalam perjumpaan tersebut, banyak yang telah dibincangkan dan diperkatakan dengan positif sekali.




Tun YDP USIA tidak lupa untuk memberikan nasihat-nasihat yang berguna dan sokongan yang amat menaikkan semangat semua ALK untuk berkerja dengan lebih gigih lagi untuk kemandirian dan kepentingan ahli-ahli USIA secara keseluruhannya.








Majlis ditamatkan dengan sesi bergambar disamping Tuan Pengerusi Koperasi sempat memberikan cenderamata kepada Tun YDP USIA berupa sebotol minyak gaharu. Majlis bersurai pada tengahari.

Tiada ulasan: