Jumaat, November 06, 2009

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara Koperasi USIA Bhd dengan Henan Yi Zheng Co.Ltd. (China)

Pada 6hb Oktober 2009 yang lepas, satu lagi peristiwa penting telah berlangsung iaitu Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) di antara Koperasi USIA Bhd dengan Long Mai Islamic Chamber of Commerce yang diwakili oleh Henan Yi Zheng Company Limited, sebuah syarikat yang beroperasi di Negara China.
Majlis yang berlangsung di Tingkat 4 Bangunan Ibu Pejabat USIA itu dihadiri oleh delegasi daripada Long Mai Islamic Chamber of Comerce; sebuah persatuan perniagaan di Negara China yang mempunyai kira-kira 120 persatuan perniagaan dan 4000 entiti korporat., serta dihadiri oleh para pegawai USIA dan Koperasi USIA Bhd.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengerusi Majlis, Ustaz Abu Hurairah Abd Rahman. Beliau juga bertindak sebagai jurubahasa Arab kepada kedua-dua pihak. Perjanjian Persefahaman tersebut antara lainnya memfokus kepada usahasama dalam produk-produk halal yang merangkumi persijilan halal terhadap produk-produk yang dihasilkan di China. Antara agenda-agenda yang dibangkitkan adalah seperti pembangunan produk halal seperti makanan laut, sarang burung layang-layang, tumbuhan herba, produk berasaskan pokok gaharu, produk kulit, pakaian, bahan-bahan binaan dan sebagainya.
Pada majlis tersebut, Koperasi USIA Bhd diwakili oleh Pengerusinya Tuan Haji Ariffin bin Haji Sani, sementara Henan Yi Zheng Co.Ltd diwakili oleh Mr. Albert Hsiu. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Setiausaha Agung USIA, Datuk Haji Abdullah Hussin.
Majlis yang berlangsung pada jam 2 petang itu tamat pada kira- kira jam 4.30 petang.


Wakil-wakil daripada Koperasi USIA dan USIA.





Delegasi daripada Long Mai Islamic Chamber of Commerce.










Tuan Haji Ariffin bin Haji Sani, Pengerusi Koperasi USIA Bhd sedang meneliti Memorandum Persefahaman tersebut.



Terjalinnya perhubungan dua hala antara Koperasi USIA Bhd dengan Henan Yi Zheng Company Ltd.





Delegasi China tersebut sempat diperkenalkan dengan kayu gaharu oleh Tuan Pengerusi.

Majlis penyampaian cendera kenangan.