Rabu, April 01, 2009

Pengenalan Kepada Koperasi


Koperasi ini ditubuhkan untuk memberi nilai tambahan kepada ahli-ahli koperasi dalam bentuk pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti pertanian dan perdagangan.
Umumnya, ahli-ahli koperasi ini terdiri daripada ahli-ahli berdaftar Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau lebih dikenali sebagai USIA. Ahli-ahli berdaftar ini merangkumi ahli-ahli daripada seluruh bahagian USIA di negeri Sabah. Hal ini bermaksud, nilai capahan yang dipunyai oleh Koperasi USIA ini adalah amat tinggi di mana penduduk yang berasal dari latar belakang yang berbeza daripada seluruh pelusuk negeri ini sama-sama berganding bahu dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Koperasi. Hal ini memberikan kekuatan cukup hebat dan besar untuk Koperasi berkecimpung di dalam era perniagaan yang serba mencabar sekarang ini.

Dengan kekuatan jaringan rakan niaga yang luas yang dipunyai oleh Koperasi, diharapkan pelan-pelan perniagaan dan dagangan yang di sasarkan akan berjaya dilaksana seterusnya memberi manfaat kepada semua ahli-ahli Koperasi. InsyaAllah..

2 ulasan:

anidin57 berkata...

Assalammualaikum wr.wb.
Al hamdulillah puji bagi Allah SWT.Mudah-mudahan usaha murni Koprasi USIA dengan niat memberi nilai tambahan kepada ahli-ahli koperasi dalam bentuk pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti pertanian dan perdagangan akan tercapai.

Untuk mencapai matalamat itu Koprasi USIA perlu memberi penerangan mengenai projek ini kepada semua ahli-ahli USIA disetiap bahagian dan cawangan ,termasuk ahli baru USIA.

Promosi dan penerangan melalui pelbagai media ,seperti media cetak,siaran radio tv,bena dan ceramah agama perlu diambil perhatian supaya masyarakat Islam Umumnya dan ahli USIA khasnya mengambil manfaat daripada usaha murni ini.

DALAM BLOG INI,sewajarnya dimuatkan pelan-pelan projek atau peluang perniagaan dan pertanian yang dimaksudkan supaya ianya difahami dan diambil perhatian dan tindakan oleh ahli-ahli USIA untuk menyertai program koprasi ini.

Syabas dan tahniah kepada Pengurus dan AJK Koperasi USIA Berhad yang berusaha kearah Nilai tambahan pendapatan daripada aktiviti pertanian dan perdagangan seperti yang dimaksudkan.

anidin57 berkata...

Assalammualaikum wr.wb.
Al hamdulillah puji bagi Allah SWT.Mudah-mudahan usaha murni Koperasi USIA dengan niat memberi nilai tambahan kepada ahli-ahli koperasi dalam bentuk pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti pertanian dan perdagangan akan tercapai.

Untuk mencapai matalamat itu Koperasi USIA perlu memberi penerangan mengenai projek ini kepada semua ahli-ahli USIA disetiap bahagian dan cawangan ,termasuk ahli baru USIA.

Promosi dan penerangan melalui pelbagai media ,seperti media cetak,siaran radio tv,bena dan ceramah agama perlu diambil perhatian dan tindakan supaya masyarakat Islam Umumnya dan ahli USIA khasnya mengambil manfaat daripada usaha murni ini.

DALAM BLOG INI,sewajarnya dimuatkan pelan-pelan projek atau peluang perniagaan dan pertanian yang dimaksudkan supaya ianya difahami dan diambil perhatian dan tindakan oleh ahli-ahli USIA untuk menyertai program koperasi ini.

Syabas dan tahniah kepada Pengurus dan AJK Koperasi USIA Berhad yang berusaha kearah Nilai tambahan pendapatan daripada aktiviti pertanian dan perdagangan seperti yang dimaksudkan.