Selasa, Januari 26, 2010

Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan USIA Ke-23


Pada 13hb-15hb November 2009, Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan USIA Ke-23 telah berlangsung di Hotel Grand Borneo, 1 Borneo Kota Kinabalu.
Di sepanjang ketiga-tiga hari tersebut, Koperasi kita tidak ketinggalan untuk mempromosikan dan mengadakan aktiviti pengambilan keahlian kepada para perwakilan dan orang ramai yang hadir. Satu tapak pameran berfungsi telah didirikan dan memuatkan maklumat-maklumat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan sedang dirancangkan oleh Koperasi.

Pempromosian dan pengambilan ahli-ahli baru ni dikendalikan sendiri oleh dua orang Pegawai Koperasi iaitu Encik Talib Aning selaku Pegawai Operasi dan Encik Pg.Mohd.Norshobri Baharun, selaku Pegawai Agronomis Koperasi serta dua orang pembantu. Turut menjayakan aktiviti ini ialah 4 orang wakil daripada Aeroswift Consultancy Sdn.Bhd. yang diketuai oleh Y.Bhg Dato' Wan Zahari Bin Dato' Hassan. Koperasi USIA telah merancangkan pembinaan rumah burung walet Koperasi dengan kerjasama syarikat ini.

Pada majlis tersebut, Yang Dipertua PERKIM, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohammad selaku tetamu kehormat pada Persidangan USIA kali ini sempat melawat tapak pameran Koperasi USIA. Beliau diiringi oleh Yang Dipertua USIA, Y.A.Bhg. Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai, bersama-sama dengan dif-dif kehormat yang lain. Pengerusi Koperasi USIA Berhad, YM. Tuan Haji Ariffin Sani sempat memberikan taklimat ringkas mengenai Koperasi kepada tetamu kehormat tersebut. Beliau kelihatan begitu teruja dengan pembinaan Kilang Gaharu milik ahli Koperasi ini memandangkan kuantiti bumiputera sabah yang berkecimpung di dalam bidang perusahaan dan pengekspotan adalah amat kecil.

Secara keseluruhannya, Koperasi telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan para hadirin yang hadir. Di samping menarik ahli-ahli koperasi yang baru, maklumat-maklumat dan perkembangan Koperasi telah dapat disebarkan kepada kesemua perwakilan yang hadir.

Diharapkan dengan penubuhan Koperasi USIA Berhad ini, ahli-ahli USIA akan dapat memanfaatkan faedah ekonomi yang ditawarkan oleh Koperasi ini untuk pelaburan masa hadapan.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Koperasi ini, bolehlah berhubung dengan Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian USIA masing-masing, ataupun bolehlah terus menghubungi kami di Ibu Pejabat USIA.
Tapak pameran Koperasi USIA Berhad.
Suasana di sekitar tapak pameran yang dipenuhi oleh para hadirin yang datang.
Kelihatan Pegawai Operasi kita Encik Talib Aning bersama-sama dengan pegawai-pegawai daripada Aeroswift Sdn.Bhd.



Antara tarikan utama yang terdapat di tapak pameran Koperasi adalah pokok gaharu yang dipamerkan khas untuk tatapan para pengunjung. Aroma kayu gaharu yang dibakarkan memnuhi ruang pameran dan membangkitkan suasana majlis.



Y.A.Bhg.Tun Dr. Mahathir Mohathir sempat melawat tapak pameran Koperasi.
Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Y.A.Bhg. Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Sakaran Dandai sedang tekun mendengar taklimat ringkas Koperasi yang disampaikan oleh Tuan Haji Ariffin Haji Sani selaku Pengerusi Koperasi.
Encik Talib Aning bersama-sama dengan Dato' Wan Zahari bin Dato' Hassan sedang memberi penerangan kepada pengunjung yang begitu berminat dengan Koperasi.
Tuan Haji Ariffin Haji Sani dan Tuan Haji Uda Sulai sedang memberikan penerangan kepada pengunjung yang hadir.

Tiada ulasan: